Aplikasi tenaga solar dalam industri pembuatan Malaysia: analisis cabaran dan faktor kejayaan. Jurnal Kejuruteraan, 37 (1). pp. 49-64. (2025)
Abstract
Kajian ini menganalisis cabaran dan faktor kejayaan bagi penggunaan tenaga solar dalam sektor pembuatan di Malaysia. Pohon hierarki berdasarkan kaedah Analytical Hierarchy Process (AHP) telah dimodelkan untuk mengenal pasti sub-kriteria bagi aspek cabaran dan faktor kejayaan. Kajian soal selidik berdasarkan sub-kriteria tersebut telah dijalankan ke atas 30 responden dalam kalangan penyelia dan pengurus atasan daripada pelbagai syarikat yang terlibat dalam industri pembuatan elektrik, elektronik dan mekanikal yang menggunakan mesin secara intensif di kawasan Lembah Klang, Malaysia. Pengambilan data diperolehi berdasarkan penilaian responden bagi kajian soal selidik. Data tersebut kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah AHP. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara cabaran dan faktor kejayaan pelaksanaan tenaga solar dalam industri pembuatan di Malaysia. Inisiatif kerajaan merupakan cabaran utama dan faktor kejayaan bagi industri yang terlibat dalam menggunakan tenaga solar. Pembangunan rangka kerja untuk mengatasi cabaran penggunaan tenaga solar dalam industri telah dicadangkan. Kepentingan rangka kerja ini boleh memberi nilai tambah kepada kerajaan dan agensi pembiayaan yang terlibat dalam menambahbaik dasar tenaga solar di Malaysia. Sumbangan ini dapat membantudalam merangka, membangun, menambahbaik dasar dan perancangan sedia ada, dengan tujuan membawa kepada lebih banyak penggunaan tenaga solar dalam industri pembuatan di Malaysia.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keywords: | Cabaran, Faktor kejayaan, Penggunaan tenaga solar, Tenaga boleh diperbaharui, Pembuatan |
| Taxonomy: | By Niche > Solar > Solar Energy > Research By Niche > Solar > Solar Energy > Study and Teaching |
| Collections: | Niche > Solar |
| Depositing User: | Mohd Ismail Zanudin |
| Date Deposited: | 17 Mar 2026 07:25 |
| Last Modified: | 17 Mar 2026 07:25 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
