Program Kelestarian ICT Hijau Universiti Sains Malaysia. Universiti Sains Malaysia. (2009)
Abstract
ICT Hijau merupakan langkah strategik Kerajaan Malaysia untuk menyokong Dasar Teknologi Hijau yang telah dibangunkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 24 Julai 2009. Inisiatif ini merupakan satu usaha bagi menangani isu-isu global semasa seperti pencemaran alam sekitar, penipisan lapisan ozon, pemanasan global dan isu-isu yang berkaitan dengannya perlulah dilaksanakan bersama oleh semua agensi Kerajaan. Garis Panduan Penggunaan ICT ke arah ICT Hijau di Universiti Sains Malaysia telah diwujudkan oleh Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi pada Jun 2021 untuk menjelaskan mengenai amalan penggunaan peralatan ICT ke arah ICT Hijau (ICTHIJAU@USM) bagi menyokong Dasar Teknologi Hijau Negara dan Program Kelestarian USM berdasarkan kepada Garis Panduan Penggunaan ICT ke arah ICT Hijau Dalam Perkhidmatan Awam yang telah diperkenalkan oleh pihak MAMPU.
| Item Type: | Other |
|---|---|
| Keywords: | Green technology, Teknologi hijau |
| Taxonomy: | By Niche > Green Technology > Government Policy By Niche > Green Technology > Planning |
| Collections: | Niche > Green Technology |
| Depositing User: | Nur Aqilah Russli |
| Date Deposited: | 17 Mar 2026 07:32 |
| Last Modified: | 17 Mar 2026 07:32 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
