Batik Linut: integrasi elemen gastronomi Melanau dalam seni tekstil kontemporari

Batik Linut: integrasi elemen gastronomi Melanau dalam seni tekstil kontemporari. In: Kolokium Siswazah BITARA Melayu (KOSIMA 2025), 10 Disember 2025, Universiti Kebangsaan Malaysia. (2025)



Abstract

ABSTRAK Batik Linut merupakan inovasi tekstil moden yang berteraskan warisan gastronomi masyarakat Melanau di Sarawak. Kajian ini meneliti elemen makanan tradisional linut iaitu hidangan berasaskan sagu yang mempunyai tekstur likat dan elastik diintegrasikan ke dalam reka bentuk serta proses penghasilan batik kontemporari. Tujuan kajian adalah untuk memahami potensi linut bukan sahaja sebagai ikon kulinari, tetapi juga sebagai sumber inspirasi visual dan material dalam seni tekstil tempatan. Melalui pendekatan kualitatif, kajian ini mengenal pasti motif-motif organik yang mengambil inspirasi daripada bentuk pusaran, aliran dan kelikatan linut. Pendekatan etnografi yang digunakan terdiri daripada kajian lapangan dan kajian kesusasteraan dan temuduga. Kaedah pemerhatian dan penyertaan digunakan untuk memastikan data yang dikumpul dan dikumpulkan sesuai untuk kajian. Kaedah temu bual menggunakan teknik temuduga separa tersusun dengan menemubual beberapa pengamal tradisional dan warga emas yang berwibawa dalam masyarakat Melanau. Penyelidikan bibliografi seperti jurnal, buku dan laporan bercetak adalah untuk menyokong penyelidikan ini dengan menyumbang bahan sekunder. Data primer dan sekunder perlu menjalani proses saringan dengan menggunakan teknik analisis tematik dan pembacaan pruf untuk mendapatkan data yang betul mengikut penyelidikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa integrasi elemen gastronomi ini bukan sahaja memperkaya naratif visual batik tetapi juga memperkukuh identiti budaya Melanau melalui penghasilan produk tekstil yang lebih autentik dan signifikan secara simbolik. Batik Linut membuktikan bahawa gastronomi dapat berfungsi sebagai medium lintas disiplin yang merapatkan hubungan antara warisan, kreativiti dan pembangunan industri tekstil moden. Justeru itu, inovasi Batik Linut menyumbang kepada usaha pemuliharaan budaya melalui penyampaian cerita makanan tradisional dalam bentuk seni yang lebih mudah diterima generasi muda serta usaha memelihara budaya, menjana ekonomi dan mengangkat Mukah sebagai destinasi pelancongan warisan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Poster)
Keywords: batik linut, budaya, gastronomi, linut, Melanau, tekstil
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Collections: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 06 Apr 2026 03:07
Last Modified: 06 Apr 2026 03:07
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item