Rumah tinggi tradisional Melanau: cerminan budaya dan kehidupan masyarakat Melanau di Sarawak

Rumah tinggi tradisional Melanau: cerminan budaya dan kehidupan masyarakat Melanau di Sarawak. In: Simposium Kebudayaan Indonesia - Malaysia (SKIM 40 2025), 8-9 Oktober 2025, Gedung Rektorat, Kampus Unpad Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat, Indonesia. (2025)



Abstract

Masyarakat Melanau merupakan salah satu etnik yang terdapat di negeri Sarawak. Animisme merupakan satu kepercayaan yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melanau sebelum kedatangan agama Islam ke nusantara. Dalam kehidupan seharian, mereka mempunyai kepercayaan tertentu terhadap perbuatan dan tingkah laku terhadap alam, asal-usul kejadian manusia, cara perubatan dan juga majlis keramaian. Kepercayaan ini termasuklah mengenai petua, pantang larang, adat, peraturan dan penempatan kediaman. Rumah Tinggi Melanau adalah salah satu warisan seni bina yang mencerminkan keunikan budaya masyarakat Melanau di Sarawak. Rumah tradisional ini dibina di atas tiang yang tinggi dengan tujuan utama untuk melindungi penghuninya daripada banjir, serangan musuh dan haiwan liar. Rumah ini dibina dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti kayu dan buluh menjadikannya sebahagian daripada sistem ekologi tempatan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti peranan dan kepentingan Rumah Tinggi Melanau dalam konteks budaya, sosial dan pembangunan di Sarawak. Pendekatan kualitatif digunakan dalam mendapatkan data yang diperlukan. Kajian menggunakan pendekatan etnografi ini dijalankan di Kampung Sook, Mukah dan di Kampung Budaya Sarawak, Kuching dalam tempoh tiga hari. Kaedah pemerhatian dan penyertaan digunakan untuk memastikan data yang dikumpul sesuai untuk kajian. Kaedah temu bual menggunakan teknik temu bual separa berstruktur dengan menemu bual beberapa pengamal adat dan orang tua yang mempunyai autoriti dalam masyarakat Melanau. Kajian literatur seperti jurnal, buku dan bahan bercetak adalah untuk menyokong kajian ini dengan menyumbang bahan sekunder. Data primer dan sekunder perlu menjalani proses saringan menggunakan teknik analisis tematik dan bacaan yang teliti untuk mendapatkan data yang tepat dan sesuai untuk kajian. Hasil kajian mendapati bahawa rumah ini dibina dalam susunan yang mengelilingi sebuah halaman tengah yang menjadi tempat interaksi sosial dan aktiviti komuniti. Selain berfungsi sebagai kediaman, rumah tinggi juga memainkan peranan penting dalam upacara adat dan ritual keagamaan. Meskipun dengan perkembangan zaman dan modenisasi, rumah tradisional ini tetap menjadi simbol jati diri dan warisan masyarakat Melanau yang perlu dipelihara agar tidak hilang ditelan arus pembangunan. Kajian ini menyarankan agar langkah-langkah proaktif diambil untuk mendokumentasikan warisan ini, sekaligus menyumbang kepada perbincangan yang lebih luas mengenai dalam meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya melestarikan seni bina tradisional dalam menghadapi cabaran globalisasi dan kebudayaan yang dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Other)
Keywords: Budaya, Melanau, Mukah, Rumah Tinggi Melanau, Seni Bina
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Collections: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 06 Apr 2026 03:06
Last Modified: 06 Apr 2026 03:06
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item