Kriteria guru reka bentuk dan teknologi (RBT) terhadap teknologi hijau. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris. (2020)
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kriteria guru RBT dalam menghasilkan satu senarai semak berkaitan kriteria guru terhadap Teknologi Hijau. Selain itu, kajian ini dapat menentukan hubungan antara pengetahuan, kemahiran, sikap dan amalan guru terhadap Teknologi Hijau. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan secara kuantitatif dan disokong oleh temu bual. Kajian kuantitatif ini melibatkan 375 orang guru RBT sekolah menengah harian di lima buah negeri iaitu Kedah, Melaka, Selangor, Kelantan dan Sarawak. Manakala kajian temu bual pula melibatkan empat orang responden. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpul data kajian. Analisis statistik deskriptif, analisis statistik inferensi dan analisis kebolehpercayaan Model Pengukuran Rasch digunakan bagi menjawab semua persoalan kajian. Model Pengukuran Rasch digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan item yang tinggi bagi menghasilkan senarai semak kriteria guru terhadap Teknologi Hijau ini. Hasil dapatan analisis deskriptif menunjukkan kesemua item yang dikemukakan dipersetujui oleh responden. Hasil analisis Model Pengukuran Rasch pula telah mengekalkan 66 item sebagai kriteria yang perlu dimiliki oleh seorang guru terhadap Teknologi Hijau. Seterusnya, analisis statistik inferensi secara korelasi digunakan untuk melihat kewujudan hubungan antara konstruk-konstruk kajian. Dapatan korelasi mendapati kesemua konstruk mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Nilai korelasi antara pengetahuan dengan kemahiran adalah r = 0.176, manakala hubungan antara pengetahuan dengan sikap adalah r = 0.171, nilai korelasi bagi konstruk pengetahuan dengan konstruk amalan pula adalah r = 0.154. Selain itu, hubungan antara kemahiran dengan sikap adalah bernilai r = 0.607, nilai korelasi bagi kemahiran dengan amalan adalah r = 0.610 dan nilai korelasi terakhir adalah antara sikap dengan amalan adalah bernilai r = 0.585. Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan guru perlu memiliki kriteria-kriteria yang telah disenaraikan berkaitan pengaplikasian Teknologi Hijau terutamanya dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan serta dalam aktiviti harian. Selain itu, diharap kriteria ini dapat membantu pelbagai pihak dalam menjalankan tanggungjawab untuk menjayakan strategi untuk membantu memulihara dan mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar di samping dapat memacu pembangunan ekonomi negara.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keywords: | Green technology |
| Taxonomy: | By Niche > Green Technology > Research By Niche > Green Technology > Technological Innovations |
| Collections: | Niche > Green Technology |
| Depositing User: | Nur Aqilah Russli |
| Date Deposited: | 23 Apr 2026 14:38 |
| Last Modified: | 23 Apr 2026 14:38 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
