Kesedaran dan motivasi terhadap penerimaan amalan teknologi hijau dalam kalangan guru-guru sekolah rendah. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia. (2024)
Abstract
Pemanasan global, perubahan iklim dan peningkatan permintaan sumber tenaga merupakan isu global yang sering menjadi tajuk perbincangan pelbagai pihak. Menurut World Energy Outlook 2019 pengaplikasian teknologi hijau merupakan kaedah penyelesaian yang tepat bagi memenuhi permintaan dunia terhadap tenaga dan Academy Of Science Of Africa (ASSAF) telah menyatakan bahawa teknologi hijau mampu menyelesaikan masalah alam sekitar. Namun, amalan teknologi hijau di kalangan masyarakat Malaysia didapati masih rendah dimana kesannya telah mengakibatkan peningkatan dalam jumlah pembebasan gas rumah hijau dan peningkatan min suhu tahunan. Justeru, penerapan amalan teknologi hijau melalui kurikulum sekolah telah digalakkan oleh kerajaan dan guru merupakan agen yang paling berpengaruh dalam hal ini. Sebaliknya, tinjauan literatur pula menunjukkan faktor kesedaran dan motivasi guru-guru terhadap amalan teknologi hijau masih berada pada tahap yang rendah. Justeru, kajian ini telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap serta pengaruh kesedaran dan motivasi, menilai kesan moderator pengetahuan dan jantina terhadap kesedaran dan motivasi dengan penerimaan teknologi hijau serta bagi menguji model struktural yang meramal tahap penerimaan amalan teknologi hijau di kalangan guru-guru. Kajian berbentuk kuantitatif ini melibatkan 379 orang guru sekolah rendah di negeri-negeri terpilih seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Data yang dikumpul melalui soal selidik telah dianalisis menggunakan SPSS serta SmartPLS. Dapatan menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tahap kesedaran dan motivasi teknologi hijau yang tinggi tetapi amalan hijau pula masih pada tahap sederhana. Manakala, pengaruh kesedaran dan motivasi pula mempunyai hubungan positif dengan amalan teknologi hijau. Seterusnya, pengetahuan sebagai moderator telah memberikan kesan yang signifikan dan jantina tidak memberikan sebarang kesan terhadap kesedaran dan motivasi dalam penerimaan amalan teknologi hijau. Hasil kajian menyumbangkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pembangunan dasar sekolah khususnya dalam pendidikan teknologi hijau. Seterusnya, model struktural yang telah dihasilkan menyatakan faktor kesedaran dan motivasi sebagai peramal yang penting kepada amalan teknologi hijau. Kajian lanjutan pula dicadangkan dalam aspek kaedah kajian, sampel kajian dan lokasi kajian.
| Item Type: | Thesis (Doctoral) |
|---|---|
| Keywords: | Green technology |
| Taxonomy: | By Niche > Green Technology > Research |
| Collections: | Niche > Green Technology |
| Depositing User: | Nur Aqilah Russli |
| Date Deposited: | 23 Apr 2026 14:40 |
| Last Modified: | 23 Apr 2026 14:40 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
