Konsep untung patut dari perspektif kewangan Islam

Konsep untung patut dari perspektif kewangan Islam. Journal of Halal Science and Management Research, 1 (1). pp. 132-141. ISSN eISSN : 3093-8368 (2025)



Abstract

Jual beli merupakan satu aktiviti kehidupan seharian manusia yang bertujuan untuk memenuhi keperluan asas, keselesaan malah mencari pendapatan melalui keuntungan yang diperolehi. Islam tidak menghalang aktiviti jual beli ini, malah menurut al-Jarjawi bahawa jual beli termasuk dalam konteks fardu kifayah kerana ia memenuhi keperluan manusia. Islam tidak menghalang penjual daripada mengaut keuntungan daripada jualan tersebut. Malah, Islam juga tidak menetapkan secara rigid atau had bagi kadar keuntungan tertentu yang dicapai. Namun dalam masa yang sama Islam tetap menekankan bahawa keuntungan yang diperolehi mestilah tidak mempunyai unsur-unsur palsu. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan konsep untung patut dalam menentukan kadar keuntungan jualan mengikut kewangan Islam. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif melalui kajian perpustakaan dengan merujuk kepada tesis, jurnal, akhbar dan juga buku ilmiah yang berkaitan dengan tajuk kajian. Berdasarkan kajian yang dijalankan, konsep untung patut seharusnya menjadi penanda aras kepada pengeluar atau penjual Islam bagi memastikan norma pasaran yang baik dan dapat memenuhi kehendak pelanggan. Ini terbukti apabila terdapat keperluan asas yang menyebabkan pelanggan tidak mampu, maka kerajaan perlu campur tangan untuk memastikan keseimbangan semula permintaan dan penawaran serta mengelakkan projek yang sedia untuk dijual dan tidak terbiar kerana kemampuan pelanggan untuk membeli.

Item Type: Article
Keywords: Perbankan Islam, Kewangan Islam, Fardu Kifayah
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking
By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance
Collections: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 28 Apr 2026 07:45
Last Modified: 28 Apr 2026 07:45
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item