Cabaran-cabaran perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia pasca merdeka. Cabaran-cabaran perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia pasca merdeka. ISSN 0127-7871] (2019)
Abstract
Artikel ini membincangkan mengenai perkembangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. Objektif artikel ini ialah untuk menerangkan perkembangan PKS, cabaran-cabaran yang dihadapi dan juga masa hadapan PKS di Malaysia terutamanya melibatkan kedudukan ekonomi Bumiputera. Pemerkasaan industri ini telah bermula sejak tahun 1951 dengan tertubuhnya Lembaga Kemajuan Perusahaan Luar Bandar (RIDA) yang berperanan untuk melonjakkan kemajuan ekonomi Bumiputera. Usaha tidak terhenti menerusi penubuhan RIDAapabila pelbagai tindakan, polisi dan penglibatan berterusan kerajaan bagi memastikan PKS Bumiputera masih berdaya saing dalam pasaran. Meskipun kerajaan turut serta terlibat dalam membantu PKS berkembang di negara ini, namun pelbagai isu dan cabaran telah muncul sehingga menggugat usaha yang dirancang bagi memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia. Metodologi kajian yang digunakan adalah secara kualitatif dengan membuat analisa ke atas dokumen-dokumen yang tersedia ada terutamanya dokumen pelan induk PKS. Antara isu-isu tersebut ialah penerapan inovasi dan teknologi, pembangunan modal insan, akses kepada pembiayaan, akses kepada pasaran, persekitaran perundangan dan kawal selia dan infrastruktur. Manakala cabaran yang dihadapi oleh perubahanpersekitaran global, strategi dan hala tuju industri yang tidak jelas dan wujudnya ketidakseimbangan pasaran dan asimetri maklumat. Keadaan ini sekaligus telah mempengaruhi prestasi PKS di Malaysia dan pada masa yang sama memperlihatkan ketidaktentuan keupayaan Bumiputera di negara ini. Menerusi artikel ini, bahan-bahan daripada sumber sekunder seperti buku, artikel jurnal dan laporan kementerian dianalisis dan dibincangkan secara historikal deskriptif (historical descriptive) berpandukan teori yang dikemukakan. Oleh hal demikian, artikel ini secara terperinci mengetengahkan sejarah perusahaan kecil dan sederhana dan mengupas perbincangan mengenai cabaran yang dihadapi oleh PKS Bumiputera Malaysia
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keywords: | Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), bumiputera, cabaran-cabaran, pasaran |
| Taxonomy: | By Subject > Entrepreneurship > Business Type > Agencies And Corporate By Subject > Entrepreneurship > Business Type > Agencies And Corporate > Government Agencies |
| Collections: | Subjects > Entrepreneurship |
| Depositing User: | Ayuzawahie Amran |
| Date Deposited: | 07 Jun 2026 08:23 |
| Last Modified: | 07 Jun 2026 08:23 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
