Pemakaian prinsip hibah dalam sistem kewangan Islam di Malaysia: tumpuan kepada industri perbankan Islam dan takaful. Jurnal Teknologi, 52. pp. 69-81. ISSN E-ISSN: 2180-3722 (2010)
Abstract
Hibah merupakan salah satu prinsip dalam muamalah Islam yang diamalkan di institusi-institusi kewangan Islam di Malaysia. Tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan pemakaianprinsip hibah dalam Sistem Kewangan Islam di Malaysia, iaitu institusi perbankan Islam dan takaful.Bagi memperolehi data primer mengenai aplikasi prinsip hibah di dua institusi kewangan Islamtersebut, penulis telah menjalankan temu bual dengan individu yang berautoriti di Bahagian SyariahBank Negara Malaysia, Jabatan Pematuhan Syariah di Etiqa Takaful Bhd dan Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.Penulis mendapati bahawa prinsip hibah, walaupun tidak dianggap sebagai prinsip utama, namun iadiaplikasikan sebagai prinsip sokongan dalam aktiviti-aktiviti muamalah Islam di Institusi Kewangan Islam di Malaysia.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keywords: | Islamic banking, Islamic financial system, Islamic insurance |
| Taxonomy: | By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Automation By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance |
| Collections: | Niche > Islamic Banking |
| Depositing User: | Ilya Nur Fateen Othman |
| Date Deposited: | 20 May 2026 15:48 |
| Last Modified: | 20 May 2026 15:48 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
