Tahap penguasaan kemahiran bertutur Bahasa Melayu pelajar kaum Melanau

Tahap penguasaan kemahiran bertutur Bahasa Melayu pelajar kaum Melanau. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 17 (2): 3. pp. 30-44. ISSN 2600-8696 (2026)



Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk meneliti tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan pelajar kaum Melanau, khususnya dari aspek struktur ayat yang meliputi ketepatan tatabahasa, kepelbagaian jenis ayat dan struktur ayat. Penguasaan kemahiran ini penting memandangkan bahasa Melanau sebagai bahasa ibunda serta penggunaan dialek Melayu Sarawak dalam komunikasi harian berpotensi mempengaruhi kecekapan penggunaan bahasa Melayu standard. Sejajar dengan tajuk kajian, objektif penyelidikan ini adalah untuk menganalisis ketepatan tatabahasa, menilai kepelbagaian jenis ayat serta menentukan tahap struktur ayat dalam pertuturan pelajar Tingkatan 5 kaum Melanau. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk deskriptif. Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 5 kaum Melanau di Sekolah Menengah Kebangsaan Mukah, Sarawak dipilih sebagai responden melalui kaedah persampelan rawak mudah. Pengumpulan data dijalankan melalui ujian lisan yang dirangka berasaskan tema Citra Bahasa dan Sastera Kita daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5. Setiap responden diberikan masa selama tiga minit untuk membaca petikan teks dan menjawab tiga soalan yang merangkumi aras pemikiran rendah, sederhana dan tinggi bagi mencungkil keupayaan pertuturan secara spontan. Prestasi pelajar dinilai menggunakan rubrik kemahiran bertutur yang diubah suai daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), dengan penekanan khusus terhadap aspek struktur ayat. Rubrik tersebut mengandungi enam tahap penguasaan, iaitu sangat terhad hingga cemerlang, dan setiap aspek dinilai dengan markah maksimum 10, menjadikan jumlah keseluruhan 30 markah. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti skor menentukan tahap penguasaan pelajar sama ada rendah, sederhana atau tinggi. Selain itu, pengaruh bahasa ibunda Melanau turut mempengaruhi aspek fonologi seperti sebutan dan intonasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar berada pada tahap penguasaan memuaskan hingga cemerlang dalam ketiga-tiga aspek yang dikaji. Secara keseluruhannya, kajian ini menegaskan keperluan pendekatan pedagogi yang lebih berfokus kepada pembinaan struktur ayat yang tepat dan pelbagai, di samping mengambil kira latar linguistik dan sosiobudaya pelajar bagi meningkatkan kecekapan komunikasi lisan dalam bahasa Melayu.

Item Type: Article
Keywords: Kemahiran bertutur, Kaum Melanau, Struktur ayat
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People)
Collections: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 01 Oct 2026 06:03
Last Modified: 01 Oct 2026 06:03
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item