Sistem teras perbankan dalam ekosistem kontrak syariah di Malaysia (core banking system in shariah contract ecosystem in Malaysia)

Sistem teras perbankan dalam ekosistem kontrak syariah di Malaysia (core banking system in shariah contract ecosystem in Malaysia). Journal of Islamic and Civilizational Studies, 10 (3). ISSN e-EISSN 2289-8204 (2023)



Abstract

Sistem teras perbankan Islam merupakan satu pemboleh kepada aktiviti perbankan dengan menyediakan platform yang tangkas untuk mencapai objektif korporat perbankan Islam dan memenuhi aspek pematuhan Syariah. Di Malaysia, prinsip pematuhan Syariah dalam aktiviti kewangan Islam telah diperuntukkan dalam Bahagian IV, Penggal 1, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (“IFSA 2013”). Sungguhpun begitu, kesesuaian metodologi pembangunan sistem teras perbankan Islam di Malaysia kurang dibincangkan secara kualitatif dalam kajian-kajian terdahulu. Oleh sebab itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji metodologi pembangunan sistem teras perbankan Islam atau berasaskan kontrak Syariah yang sesuai di Malaysia. Kajian ini mendapati pembangunan sistem teras perbankan Islam perlu menghormati ekosistem kontrak Syariah di Malaysia. Polisi dokumen kontrak Syariah yang diterbitkan Bank Negara Malaysia (“BNM”) merupakan hasil daripada ekosistem kontrak Syariah di Malaysia selaras dengan peruntukan-peruntukan pematuhan Syariah di bawah seksyen 28 dan 29, IFSA 2013. Melalui peruntukan undang-undang tersebut, pihak-pihak berkepentingan perlu menghormati kuasa yang diberikan kepada BNM, dan menjadikan polisi dokumen kontrak Syariah sebagai rujukan utama bagi menterjemahkan keperluan-keperluan berkaitan kontrak Syariah ke dalam setiap proses sistem teras perbankan Islam di Malaysia.

Item Type: Article
Keywords: Islamic Banking and Finance, Islamic core banking system, Shariah contract
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking
By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance
Collections: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 29 May 2026 07:58
Last Modified: 29 May 2026 07:58
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item