KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF: HALANGAN DAN CABARAN PESERTA PROGRAM MIKRO KREDIT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA DI CAWANGAN KEPONG, WILAYAH SELANGOR DAN KUALA LUMPUR TENGAH. Jurnal Pengajian Melayu or the Journal of Malay Studies, 31 (1). ISSN 2735-1904 (2020)
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk meneliti tahap kesejahteraan subjektif dalam kalangan peserta program Amanah Ikhtiar Malaysia di Cawangan Kepong, Selangor dan Kuala Lumpur Tengah. Program berteraskan pembangunan komuniti seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) secara kebiasaannya menetapkan objektif pencapaian berasaskan kepada perubahan terhadap jumlah pendapatan yang diterima oleh para peserta sebelum dan selepas menyertai program. Namun
begitu, kajian ini meneliti pandangan dan pendapat daripada peserta program berkenaan dengan kualiti kehidupan mereka secara keseluruhan. Peserta program yang dipilih terdiri daripada mereka yang telah menyertai program AIM sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan. Kaedah
penelitian dan penilaian bagi kajian ini tidak terhad terhadap perubahan fizikal sahaja, namun juga melibatkan psikologi peserta. Hal ini bermakna penilaian subjektif tidak hanya berdasarkan pencapaian, pemilikan wang (pendapatan) dan harta benda sahaja, sebaliknya melebihi daripada aspek tersebut. Justeru, peserta bukan sahaja dinilai berdasarkan aspek pemilikan sahaja, tetapi turut dinilai berdasarkan tahap kepuasan hidup dari segi kesihatan, pendidikan, sosial dan
pencapaian dalam diri (impian). Sebanyak 13 indikator kesejahteraan subjektif digunakan bagi tujuan penilaian tahap kesejahteraan, namun hanya tiga (3) indikator yang paling dominan dinilai berdasarkan kepada pandangan dan pendapat peserta berkaitan kesejahteraan subjektif mereka.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keywords: | Amanah Ikhtiar Malaysia, Microcredit |
| Taxonomy: | By Subject > Entrepreneurship > Business Type > Agencies And Corporate By Subject > Entrepreneurship > Business Type > Agencies And Corporate > Entrepreneurship Support Institutions By Subject > Entrepreneurship > Business Type > Agencies And Corporate > Funding Bodies And Financial Institutions |
| Collections: | Subjects > Entrepreneurship |
| Depositing User: | Asrizam Awang Aman |
| Date Deposited: | 30 Sep 2026 08:11 |
| Last Modified: | 30 Sep 2026 08:11 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
