Tanpa tunai. [Newspaper] (2017)
Abstract
Kuala Lumpur: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menerusi institusi pengajian tingginya, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) menandatangani perjanjian kerjasama dengan Agrobank bagi mewujudkan kampus tanpa tunai. Menerusi kerjasama itu, Agrobank menawarkan rumusan yang menjurus kepada konsep pembayaran tanpa tunai dengan hanya menggunakan kad pintar pelbagai fungsi. Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, kad pintar itu menggabungkan pelbagai ciri seperti kad debit, identiti pelajar dan kakitangan UCAM, sekali gus menjadi institusi pengajian tinggi pertama di Malaysia menggunakan teknologi pembayaran daripada Agrobank. Beliau berkata, pihaknya difahamkan kad pintar pelbagai fungsi itu boleh digunakan bukan saja untuk pengeluaran wang di mesin juruwang automatik (ATM), malah ia boleh menjadi platform semua transaksi pembayaran antaranya yuran pelajar, pembayaran semula pembiayaan, pembayaran bil elektrik dan bil makanan di kafe.
| Item Type: | Newspaper |
|---|---|
| Keywords: | Kerjasama strategik antara UCAM dan Agrobank, Penggunaan teknologi kad pintar pelbagai fungsi, Kemudahan dan kecekapan transaksi |
| Taxonomy: | By Subject > Entrepreneurship > Business Type > Agriculture And Natural Resources By Subject > Entrepreneurship > Electronic Commerce |
| Collections: | Subjects > Entrepreneurship |
| Depositing User: | Ibrahim Mohamed Daud |
| Date Deposited: | 07 Jun 2026 15:02 |
| Last Modified: | 07 Jun 2026 15:02 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
