Penggunaan internet of things (IoT) dalam perniagaan mikro dan kecil

Penggunaan internet of things (IoT) dalam perniagaan mikro dan kecil. Penggunaan internet of things (iot) dalam perniagaan mikro dan kecil. p. 57. ISSN 29483794 (2024)



Abstract

Perniagaan mikro dan kecil seperti penjaja, usahawan tani, pengusaha makanan, atau penjual runcit, sering berdepan dengan kekangan sumber kewangan, tenaga kerja serta akses kepada teknologi moden. Walau bagaimanapun, kemajuan teknologi Internet of Things (IoT) menawarkan peluang untuk mereka bersaing secara lebih efektif. Teknologi IoT merujuk kepada rangkaian peranti pintar seperti aplikasi mudah alih yang dapat membantu untuk saling berhubung dan berkomunikasi melalui internet bagi mengumpul, berkongsi, dan menganalisis data. Penerapan teknologi ini dapat membantu meningkatkan kecekapan operasi harian serta menambah baik pengalaman pelanggan. Kajian juga mendapati bahawa penggunaan IoT bagi pemasaran dalam talian berjaya meningkatkan pendapatan sehingga 40% berbanding perniagaan yang hanya bergantung kepada kaedah tradisional. Hal ini menunjukkan potensi besar IoT dalam meningkatkan kesejahteraan ekonomi golongan berpendapatan rendah.

Item Type: Article
Keywords: Teknologi IoT
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Type > Technology And Digital > Artificial Intelligence, Data And Automation
By Subject > Entrepreneurship > Electronic Commerce
Collections: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Nor Azelea Mohd Azahar
Date Deposited: 06 Oct 2026 01:55
Last Modified: 06 Oct 2026 01:55
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item