Festival Kaul perkukuh warisan Melanau, perpaduan masyarakat. [Newspaper] (2026)
Abstract
DALAT: Festival Kaul terus memainkan peranan penting dalam memelihara warisan budaya Melanau sambil mengukuhkan perpaduan masyarakat dan merapatkan hubungan antara generasi, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah. Berucap pada majlis pembukaan Festival Kaul Sungai Kut Muara hari ini, beliau berkata perayaan tahunan itu bukan sekadar acara kebudayaan malah sarat dengan nilai kehidupan yang boleh dijadikan panduan dalam membina masyarakat yang harmoni dan progresif. Menurutnya, pelbagai ritual dan adat dalam Kaul mengajar masyarakat mengenai kepimpinan, kerjasama, disiplin serta pentingnya menghormati peraturan dan tanggungjawab bersama demi kesejahteraan komuniti.
| Item Type: | Newspaper |
|---|---|
| Keywords: | Festival Kaul, Warisan budaya Melanau, Perpaduan masyarakat, Festival Kaul Sungai Kut Muara |
| Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Tourism By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies |
| Collections: | Niche > Melanau |
| Depositing User: | Normah Sadaiee |
| Date Deposited: | 05 Aug 2026 08:00 |
| Last Modified: | 05 Aug 2026 08:00 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
