VFive Group tubuhkan dua anak syarikat baharu terokai industri kesihatan, teknologi hijau

VFive Group tubuhkan dua anak syarikat baharu terokai industri kesihatan, teknologi hijau. [Newspaper] (2026)



Abstract

KUALA LUMPUR: Syarikat milikan penuh bumiputera, VFive Group memperkukuhkan agenda syarikat dalam industri kesihatan, teknologi hijau dan tenaga Lestari melalui penubuhan dua anak syarikat baharu, iaitu VFive Healthcare dan VFive Energy. Undang-undangPerniagaan & Korporat
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group, Datuk Mohd. Syafiq Abdullah, penubuhan dua anak syarikat itu bukan sekadar peluasan perniagaan, tetapi merupakan langkah strategik jangka panjang syarikat dalam membina nilai baharu yang mampu memberi impak kepada ekonomi, industri dan kesejahteraan masyarakat. Katanya, langkah strategik itu juga merupakan kesinambungan kepada pelan pengembangan agresif syarikat yang sebelum ini turut meneroka sektor pembangunan hartanah dan konsesi, dalam usaha mempelbagaikan portfolio strategik serta memperkukuhkan kedudukan VFive Group sebagai syarikat bumiputera yang kompetitif dan bersedia menghadapi ekonomi masa hadapan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Green technology
Taxonomy: By Niche > Green Technology > Economic Aspects
By Niche > Green Technology > Government Policy
Collections: Niche > Green Technology
Depositing User: Nur Aqilah Russli
Date Deposited: 10 Jul 2026 15:21
Last Modified: 10 Jul 2026 15:21
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item