Peranan zakat dalam membantu asnaf menjalankan perniagaan di Malaysia:satu tinjauan literatur kritikal

Peranan zakat dalam membantu asnaf menjalankan perniagaan di Malaysia:satu tinjauan literatur kritikal. Journal of Management & Muamalah, 15 (1). pp. 20-37. ISSN eISSN2180-1681 (2025)



Abstract

Pembangunan usahawan dalam kalangan golongan asnaf di Malaysia merupakan strategi utama institusi zakat untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.Artikel ini bertujuan untuk mengkaji secara kritikal keberkesanan program pembangunan usahawan asnaf melalui tinjauan literatur yang sedia ada.Pendekatan PRISMA telah digunakan didalam kajian ini untukmenyintesis penyelidikan sedia ada yang berkaitan dengan peranan zakat dalam menyokong usahawan asnaf di Malaysia. Pendekatan PRISMA dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkanuntukmemastikan pendekatan yangketat dan tidak berat sebelah dalammengenal pasti, memilih, menilai, dan menyintesis literatur yang relevan.Perbincangan merangkumi aspek bantuan modal, faktor kerohanian, pendekatan maqasid al-shariah, serta penerimaan institusi zakat terhadap pembiayaan Qard Hasan. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun terdapat peningkatan dalam kejayaan program ini,cabaran dalam pelaksanaannya masih perlu diatasi melalui intervensi yang lebih sistematik dan menyeluruh.Selain itu, artikel ini juga meneliti mekanisme agihan zakat, cabaran yang dihadapi, dan impak jangka panjang terhadap pembangunan sosio ekonomi asnaf. Penemuan menunjukkan bahawa zakat berperanan penting dalam memperkasakan asnaf melalui peluang perniagaan, tetapi terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan dan pemantauan program. Artikel ini mencadangkan strategi inovatif untuk meningkatkan keberkesanan program keusahawanan zakat dan membincangkan implikasinya terhadap dasar pembangunan sosio ekonomi negara.

Item Type: Article
Keywords: Zakat, Asnaf, Keusahawanan
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Islamic Social Finance > Zakat > Zakat Distribution
By Niche > Islamic Banking > Islamic Social Finance > Zakat > Zakat Management
By Niche > Islamic Banking > Islamic Social Finance > Zakat > Zakat Compliance
Collections: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 31 Jul 2026 07:36
Last Modified: 27 Aug 2026 07:40
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item