Aplikasi fiqh zakat emas di Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 17 (2). pp. 265-276. ISSN 2232-1047 (2019)
Abstract
Emas merupakan sejenis logam bernilai yang menjadi simbol kekayaan harta. Emas telah digunakan untuk pelbagai tujuan seperti dijadikan wang untuk urusan jual beli dan dijadikan perhiasan untuk golongan wanita. Mutakhir, emas telah dijadikan alat pelaburan melalui pemilikan jongkong, syiling dan akaun untuk tujuan mendapatkan keuntungan. Pemilikan terhadap emas mewajibkan masyarakat Islam mengeluarkan zakat sebagaimana yang telah digariskan oleh syarak. Oleh itu, artikel ini bertujuan melihat konsep zakat emas dalam perbincangan fiqh klasik serta menyesuaikan dengan perkembangan semasa penggunaan emas dalam masyarakat kini. Seterusnya melihat amalan dan pelaksanaan zakat emas di institusi- institusi zakat di Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini dilaksanakan dengan menggunakan metode pengumpulan data dan analisis data. Metode pengumpulan data dilakukan melalui penyelidikan perpustakaan. Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan metode induktif, deduktif dan komparatif untuk mendapatkan hasil kajian. Hasil kajian ini menunjukkan pelaksanaan zakat emas telah dilaksanakan oleh institusiinstitusi zakat di Malaysia yang meliputi zakat emas perhiasan, zakat emas yang disimpan dan zakat emas pelaburan. Ini menunjukkan institusi-institusi zakat sentiasa proaktif dalam melaksanakan zakat emas dan sentiasa membuat kajian secara berterusan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keywords: | Zakat, Emas, Institusi |
| Taxonomy: | By Niche > Islamic Banking > Islamic Social Finance > Zakat > Zakat Distribution By Niche > Islamic Banking > Islamic Social Finance > Zakat > Zakat Management By Niche > Islamic Banking > Islamic Social Finance > Zakat > Zakat Compliance |
| Collections: | Niche > Islamic Banking |
| Depositing User: | Ilya Nur Fateen Othman |
| Date Deposited: | 31 Jul 2026 07:35 |
| Last Modified: | 27 Aug 2026 08:36 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
