Kajian rekabentuk blok batik dari bahan akrilik untuk teknologi pembuatan batik secara digital bagi industri batik di Malaysia. In: 1st International Conference on Creative Technology and Heritage 2019 (ICCTH). (2019)
Abstract
Batik terap menggunakan blok logam sudah lama bertapak di Malaysia dan
dianggarkan lebih dari 100 tahun lamanya bermula dari pengenalan teknik ini di Kelantan oleh
Haji Che Su bin Ishak pada awal abad ke-20. Proses penyediaan blok batik yang sedia ada pada
masa kini melibatkan penggunaan bahan logam sebagai bahan utama dalam proses
pembuatannya. Penggunaan bahan logam dalam proses pembuatan blok batik memerlukan
individu yang berkemahiran tinggi dalam mengendalikan bahan logam disamping mempunyai
ilmu kesenian yang mendalam bagi mengvisualisasikan setiap corak batik kepada blok kerana
ia melibatkan proses yang agak rumit. Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah
reka bentuk konsep blok batik dari bahan alternatif iaitu akrilik dengan memanfaatkan
penggunaan teknologi digital bagi menggantikan kepakaran manusia. Kajian dilaksanakan
secara kualitatif melalui sesi temubual secara berstruktur dan tidak berstruktur bersama 16
orang responden yang telah dikenalpasti sebagai adiguru untuk mengesahkan keberkesanan
rekabentuk blok batik akrilik. Dapatan kajian juga menunjukkan keupayaan yang signifikan
bahan akrilik untuk dijadikan bahan alternatif bagi rekabentuk blok batik. Dapatan kajian
kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk spesifikasi atau penyata reka bentuk dalam
membangunkan inovasi blok batik berasaskan bahan akrilik secara teknologi pembuatan blok
batik secara digital. Kajian ini memberi satu impak yang sangat besar dalam memperkasakan
industri batik, terutamanya dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan nilai tambah seni
warisan batik terap di Malaysia.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Keywords: | Batik terap, Blok batik, Akrilik, Teknologi digital |
| Taxonomy: | By Niche > Batik > Technique |
| Collections: | Niche > Batik |
| Depositing User: | Muslim Ismail @ Ahmad |
| Date Deposited: | 24 Aug 2026 02:46 |
| Last Modified: | 24 Aug 2026 02:46 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
