Pembangunan ekonomi melalui agihan zakat: tinjauan empirikal. Jurnal Syariah, 16 (2). pp. 1-23. ISSN 0128-6730 (2008)
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan peranan pengagihan zakat dalam pembangunan ekonomi ummah. Artikel ini bermula dengan menghuraikan kedudukan zakat dalam kehidupan seorang Muslim. Seterusnya, ia membincangkan pandangan teori Islam mengenai peranan positif pengagihan zakat dalam menangani masalah sosioekonomi masyarakat Islam melalui pengagihan semula pendapatan, yang membawa kepada pengurangan jurang pendapatan dan pembasmian kemiskinan. Hasil kajian empirikal terdahulu menyokong teori ini, dengan membuktikan bahawa pengagihan zakat berjaya mengurangkan jurang pendapatan. Pada masa yang sama, ia turut mengurangkan kadar serta beban kemiskinan. Artikel ini kemudiannya mengesyorkan keperluan bagi satu pelan tindakan yang menyeluruh untuk memastikan keberkesanan pengagihan zakat dalam meningkatkan ekonomi ummah. Pelan tindakan menyeluruh ini memerlukan kerjasama dan komitmen yang serius daripada tiga pihak utama, iaitu agensi zakat, penerima zakat, dan kerajaan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keywords: | Zakat, Ekonomi Islam, Pembangunan ekonomi |
| Taxonomy: | By Niche > Islamic Banking > Islamic Social Finance > Zakat > Zakat Distribution |
| Collections: | Niche > Islamic Banking |
| Depositing User: | Ilya Nur Fateen Othman |
| Date Deposited: | 31 Aug 2026 08:49 |
| Last Modified: | 31 Aug 2026 08:49 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
