Analisis tahap kefahaman 200 kosa kata Bahasa Melanau Asli terhadap murid Melanau di Daerah Mukah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 16 (1): 7. pp. 108-130. ISSN 2180-4842 (2026)
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kefahaman murid Melanau terhadap 200 kosa kata bahasa Melanau asli di daerah Mukah, Sarawak. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah kepustakaan dan lapangan. Data lapangan dikumpul melalui ujian bertulis, di mana murid diminta memberikan makna bagi setiap kosa kata terpilih. Pemilihan kosa kata merangkumi kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas dengan rujukan Kamus Bahasa Melanau-Bahasa Melayu (DBP) serta pengesahan penutur jati. Analisis dapatan menunjukkan tahap kefahaman murid adalah berbeza-beza. Daripada 200 kosa kata yang diuji, sebanyak 15 kosa kata berada pada tahap tinggi, 49 kosa kata pada tahap sederhana, manakala 136 kosa kata berada pada tahap rendah, dengan penguasaan yang lebih kukuh terhadap kosa kata harian dan budaya popular. Kajian mendapati bahawa pengaruh bahasa Melayu, arus modenisasi dan persekitaran sosial memberi kesan terhadap penguasaan bahasa Melanau. Kajian ini menekankan kepentingan pendidikan bahasa etnik, pemuliharaan kosa kata asli, dan kesedaran identiti etnik dalam kalangan generasi muda. Kesimpulannya, bahasa Melanau masih digunakan tetapi memerlukan sokongan berterusan untuk mengekalkan kelangsungan dan warisan budaya.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keywords: | Bahasa Melanau, Mukah, Pengaruh Bahasa, Kosa Kata Melanau, Sarawak |
| Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Melanau Language |
| Collections: | Niche > Melanau |
| Depositing User: | Normah Sadaiee |
| Date Deposited: | 12 Sep 2026 13:04 |
| Last Modified: | 12 Sep 2026 13:04 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
