Aplikasi peta I-Think terhadap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid Melanau tahun 4 di Daerah Mukah. Prosiding Seminar Pendidikan Transdisiplin (STEd 2018): 16. pp. 157-170. ISSN 9789672224150 (2018)
Abstract
Program I-Think merupakan salah satu program untuk mempertingkatkan dan membudayakan Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aplikasi penggunaan peta I-Think dalam membantu murid-murid bukan penutur jati Bahasa Melayu menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Reka bentuk kajian ini melibatkan kajian yang berbentuk kuantitatif. Kajian yang dijalankan ialah kajian tinjauan. Kajian tinjauan ini telah dijalankan di tujuh buah sekolah di daerah Mukah. Kajian ini dijalankan terhadap 122 orang murid-murid Melanau tahun 4 di daerah Mukah sebagai responden kajian. Data dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, tahap penerimaan dan tahap penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid Melanau melalui pengaplikasian peta I-Think dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu. Data dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences Version 23.0). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan responden tentang penggunaan Peta I-Think dalam PdPc Bahasa Melayu adalah pada tahap yang sederhana iaitu 3.62 manakala tahap penerimaan responden terhadap penggunaan Peta I-Think PdPc Bahasa Melayu adalah pada tahap yang tinggi dengan purata skor iaitu 3.73 dan tahap penerimaan responden terhadap penggunaan Peta I-Think dalam PdPc Bahasa Melayu adalah pada tahap yang sederhana dengan purata skor iaitu 3.61. Kesimpulannya, kaedah pengajaran dengan menggunakan Peta I-Think perlu diterapkan dalam kalangan guru untuk melahirkan murid yang kreatif dan kritis.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keywords: | i-Think, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pengajaran dan pemudahcaraan, Melanau |
| Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Melanau Language |
| Collections: | Niche > Melanau |
| Depositing User: | Normah Sadaiee |
| Date Deposited: | 12 Sep 2026 13:00 |
| Last Modified: | 12 Sep 2026 13:00 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
