Pengurusan Institusi Zakat berdasarkan Maqasid Syariah dan matlamat pembangunan lestari (SDG). Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, 17 (2). pp. 42-59. ISSN 2232-1047 (2019)
Abstract
Sejarah telah mencatatkan bahawa tadbir urus institusi zakat pada zaman Nabi Muhammad SAW sehingga perkembangan Islam telah membuktikan kejayaan dalam pengurusan zakat sama ada dalam konteks kutipan dan agihan zakat. Pelbagai kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam memastikan pengurusan zakat berjalan dengan lancar termasuk pengagihan zakat yang cekap dan efisien. Terdapat beberapa prinsip yang telah diletakkan oleh Nabi Muhammad SAW, khalifah yang empat dan para sahabat dalam memacu pengurusan zakat ketika itu. Pendekatan dan prinsip yang diamalkan ketika itu telah berjaya membantu pengurusan zakat termasuk amil dalam menjalankan tugas mereka sama ada sebagai pengutip zakat mahupun pengagih zakat. Kini, pengurusan zakat semakin berkembang dengan wujudnya pelbagai sumber pendapatan baharu, kaedah kutipan yang baharu termasuk skim-skim zakat yang ditawarkan. Bagi memastikan kelangsungan institusi zakat pada masa kini, pendekatan maqasid syariah dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dilihat pendekatan yang terbaik yang boleh dilaksanakan pada hari ini. Justeru, objektif kajian ini akan membincangkan secara umum konsep maqasid syariah dan SDG. Kajian ini juga akan memfokuskan kepada pendekatan maqasid syariah dan SDG dalam tadbir urus institusi zakat termasuk pengagihan zakat. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan maqasid syariah dan SDG boleh dijadikan asas sebagai panduan dan rujukan dalam tadbir urus institusi zakat di Malaysia. Kajian juga mendapati bahawa secara umumnya skim pengagihan zakat yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) selari dengan maqasid syariah dan SDG. Kajian lanjutan boleh dilaksanakan dengan melakukan semakan dan penelitian terhadap pengurusan zakat di negeri negeri di Malaysia termasuk skim agihan zakat berdasarkan pendekatan maqasid syariah dan SDG.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keywords: | Zakat, Maqasid Syariah, Matlamat Pembangunan Lestari (SGD) |
| Taxonomy: | By Niche > Islamic Banking > Islamic Social Finance > Zakat > Zakat Distribution By Niche > Islamic Banking > Islamic Social Finance > Zakat > Zakat Management |
| Collections: | Niche > Islamic Banking |
| Depositing User: | Ilya Nur Fateen Othman |
| Date Deposited: | 18 Sep 2026 03:02 |
| Last Modified: | 18 Sep 2026 03:02 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
