Kutipan zakat di negeri lain oleh ejen dan amil tidak bertauliah menurut syarak. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, 13 (1). pp. 17-30. ISSN 2232-1047 (2018)
Abstract
Pengurusan perihal zakat adalah tertakluk kepada kuasa dan pandangan pemerintah setempat. Di Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) negeri-negeri adalah pemerintah yang berkuasa dalam pengurusan zakat termasuklah berkaitan kutipan zakat masyarakat setempat. Berdasarkan tinjauan semasa, semua MAIN telah melantik ejen atau amil yang bertauliah dalam kalangan institusi, kelompok atau individu bagi memudahkan lagi proses kutipan zakat di negeri masing-masing. Kebenaran mengutip zakat tersebut hakikatnya adalah bersifat lokal dan tidak dibenarkan merentasi sempadan negeri lain. Umumnya, hampir kesemua negeri memperuntukkan enakmen, akta atau ordinan yang menjelaskan hukuman dan kesalahan jenayah Syariah bagi perbuatan mengutip zakat di negeri lain atau tanpa kebenaran. Namun begitu, timbul beberapa kes dan isu yang melibatkan kesalahan mengutip zakat dalam kalangan amil atau ejen yang tidak bertauliah di negeri lain. Perkara ini secara tidak langsung memberi kesan kepada institusi zakat dan penerima zakat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti isu berkaitan kutipan zakat di negeri lain oleh ejen dan amil yang tidak bertauliah. Kajian juga akan menilai isu-isu yang berkaitan menurut pandangan syarak termasuk fatwa yang dikeluarkan di samping mencadangkan alternatif sebagai solusi bagi polemik ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah temu bual dan dokumentasi dalam pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa isu kutipan zakat di negeri lain oleh ejen dan amil yang tidak bertauliah adalah bertentangan dengan syarak dan perundangan Syariah di Malaysia. Kajian ini boleh menjadi rujukan dan panduan oleh pihak institusi zakat, MAIN, jabatan mufti dan badan-badan berautoriti zakat di Malaysia dalam menangani isu kutipan zakat di negeri lain. Kajian lanjutan berkaitan kesan isu ini terhadap institusi zakat dan penerima zakat di negeri yang terlibat perlu dijalankan bagi memastikan gejala ini dapat ditangani sebaik mungkin.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keywords: | Zakat, Kutipan, Ejen, Amil, Syarak |
| Taxonomy: | By Niche > Islamic Banking > Islamic Social Finance > Zakat By Niche > Islamic Banking > Islamic Social Finance > Zakat > Zakat Management |
| Collections: | Niche > Islamic Banking |
| Depositing User: | Ilya Nur Fateen Othman |
| Date Deposited: | 18 Sep 2026 03:03 |
| Last Modified: | 18 Sep 2026 03:03 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
