Hubungan kredibiliti pendakwah dengan penerimaan mesej Islam dalam kalangan Etnik Melanau di Sarawak: satu kajian rintis

Hubungan kredibiliti pendakwah dengan penerimaan mesej Islam dalam kalangan Etnik Melanau di Sarawak: satu kajian rintis. Jurnal Al-Hikmah: The Journal of Islamic Da'wah, 18 (1): 4. pp. 41-52. ISSN 2462-1242 (2026)



Abstract

Kredibiliti pendakwah merupakan antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan komunikasi dakwah dan penerimaan mesej Islam dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, kajian empirikal yang meneliti hubungan antara kredibiliti pendakwah dengan penerimaan mesej Islam dalam kalangan etnik Melanau di Sarawak masih terhad. Oleh itu, kajian rintis ini bertujuan memperoleh bukti awal tentang hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah di samping menilai kesesuaian instrumen kajian. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan korelasi. Seramai 30 orang masyarakat Melanau Muslim di Mukah, Matu dan Daro dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Data dikumpulkan melalui soal selidik berasaskan Skala Likert lima mata yang mengukur dimensi keilmuan, akhlak, Kemahiran komunikasi dan kefahaman budaya pendakwah serta tahap penerimaan mesej Islam. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) melalui analisis deskriptif dan Korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan tahap kredibiliti pendakwah berada pada tahap tinggi (min = 4.21), manakala penerimaan mesej Islam turut mencatatkan tahap tinggi (min = 4.14). Analisis Korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara kredibiliti pendakwah dengan penerimaan mesej Islam (r = .734, p < .001). Dapatan awal ini mencadangkan bahawa kredibiliti pendakwah berpotensi mempengaruhi penerimaan mesej Islam dalam komuniti Melanau. Instrumen kajian turut menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang memuaskan dan sesuai digunakan dalam kajian berskala lebih besar bagi mengesahkan dapatan ini.

Item Type: Article
Keywords: Kredibiliti pendakwah, Pnerimaan mesej Islam, Komunikasi dakwah, Etnik Melanau, Da'wah
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People)
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Belief
Collections: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 18 Sep 2026 03:47
Last Modified: 18 Sep 2026 03:47
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item