Kajian kes terhadap perkembangan ritual "Bebayuh" di Kampung Sungai Ud di Daerah Dalat, Sarawak. In: Kajian Kes dalam Seni Persembahan Volume I. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak Darul Ridzuan, pp. 1-14. ISBN 978-967-0050-96-6 (2023)
Abstract
Kajian ini merupakan satu kajian mengenai perkembangan kepada ritual “Bebayuh” di Kampung Sungai Ud yang terletak di Daerah Dalat di Sarawak. Bebayuh bermula sebagai ritual keagamaan yang diamalkan oleh masyarakat Melanau sejak zaman animisme, yang bermula sebagai tindakan simbolik berdasarkan ibadat, pengorbanan dan pantang larang. Ritual ini muncul dari keinginan manusia untuk menjalinkan hubungan dengan alam rohani dan metafizik kerana fitrah manusia dan kecenderungan semula jadi terhadap agama dan keagamaan. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan kewujudan ritual Bebayuh, menerangkan fungsi ritual Bebayuh, Sarawak dan juga menganalisis perkembangan amalan ritual Bebayuh di kalangan penduduk di Kampung Sungai Ud, Daerah Dalat, Sarawak. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori kosmologi yang akan membantu untuk mengukuhkan pelbagai komponen ruang masa dan menjadi aspek penting untuk memahami fungsi Bebayuh sebagai ritual mengubati. Bagi mendapatkan data kajian, pelbagai kaedah kualitatif yang digunakan seperti kaedah temu bual, kaedah pemerhatian dan sumber rujukan internet. Dapatan kajian mendapati bahawa Amalan ritual ini telah dijalankan sejak turuntemurun oleh nenek moyang Kaum Melanau di Kampung Sungai Ud. Amalan ritual ini telah wujud beratus ratus tahun dahulu. Namun kemunculan ritual Bebayuh di Kampung Sungai Ud wujud seawal 1920 di mana pada ketika itu majoriti penduduknya mengamalkan kepercayaan animisme atau di panggil “pagan” oleh masyarakat Melanau. Penduduk kampung dan juga keluarga yang menjalankan upacara ritual tersebut mempercayai bahawa wujudnya kehidupan selain manusia di bumi ini. Mereka beranggapan bahawa amalan ritual ini dapat menyembuhkan pesakit daripada gangguan benda ghaib. Oleh hal yang demikian pengkaji menyimpulkan tidak berlaku apa-apa perkembangan dalam ritual ini, akan tetapi berlaku perubahan dalam struktur asal amalan ritual tersebut.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Keywords: | Ritual, Bebayuh, Kampung Sungai Ud, Sarawak |
| Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Medicine By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies |
| Collections: | Niche > Melanau |
| Depositing User: | Normah Sadaiee |
| Date Deposited: | 01 Oct 2026 04:54 |
| Last Modified: | 01 Oct 2026 04:54 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
