Integrasi kearifan tempatan perubatan tradisional Kadazandusun dalam pendidikan bahasa. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9 (4). pp. 204-214. ISSN 2682-9231 (2025)
Abstract
Artikel ini membincangkan kearifan tempatan masyarakat Kadazandusun dalam bidang perubatan tradisional berasaskan penggunaan herba sebagai rawatan alternatif pelbagai penyakit. Fokus utama diberikan kepada tiga jenis herba yang masih diamalkan secara aktif, iaitu Tawawo, Lintotobou, dan Tompu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temubual separa berstruktur yang dijalankan bersama tiga orang informan yang merupakan pengamal perubatan tradisional di Kampung Toboh Laut, Keningau, Sabah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Tawawo digunakan dalam mandian wanita selepas bersalin, Lintotobou diminum untuk memulihkan tenaga dan menghentikan pendarahan, manakala Tompu digunakan dalam rawatan penyakit kulit. Penemuan ini menegaskan bahawa pengetahuan berkaitan herba bukan sahaja membawa nilai perubatan fizikal, tetapi juga sarat dengan elemen kebudayaan, spiritual, dan ekologi yang mencerminkan hubungan erat antara manusia dan alam sekitar. Kajian ini mencadangkan agar pengetahuan ini didokumentasikan secara sistematik dan diterapkan dalam pendidikan bahasa Kadazandusun sebagai usaha memperkukuh identiti budaya, penguasaan bahasa ibunda, dan pemeliharaan warisan masyarakat.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keywords: | Kadazandusun, Local wisdom, Traditional medicine |
| Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Medicine By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Belief By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs |
| Collections: | Niche > Kadazan-Dusun |
| Depositing User: | Asrizam Awang Aman |
| Date Deposited: | 01 Oct 2026 03:14 |
| Last Modified: | 01 Oct 2026 03:14 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
