Program Siri Jelajah Warisan Tekstil Kelantan Berjaya Semai Minat Generasi Muda Terhadap Warisan Batik. [Website]
Abstract
KOTA BHARU, 28 Jun – Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan dengan kerjasama Persatuan Kreatif Kelantan (PKK) telah berjaya melaksanakan Program Siri Jelajah Warisan Tekstil Kelantan di sepuluh buah sekolah menengah sekitar daerah Kota Bharu sepanjang bulan Jun 2026.
Program yang merupakan sebahagian daripada Projek Tunas Warisan Kraf Tekstil Tradisi Kelantan 2026 ini dilaksanakan dengan sokongan Yayasan Hasanah sebagai usaha memperkukuh pemeliharaan warisan batik melalui pendekatan pendidikan yang lebih dekat dengan generasi muda. Program ini memberi penekanan kepada pengenalan sejarah dan perkembangan batik Kelantan, apresiasi terhadap seni tekstil tradisional serta pendedahan kepada peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang Seni Reka Tekstil.
| Item Type: | Website |
|---|---|
| Keywords: | Warisan tekstil, Batik, Kelantan |
| Taxonomy: | By Niche > Batik > Technique |
| Collections: | Niche > Batik |
| Depositing User: | Muslim Ismail @ Ahmad |
| Date Deposited: | 27 Sep 2026 08:05 |
| Last Modified: | 27 Sep 2026 08:05 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
