Merdekakan pemikiran anggap produk batik kelas rendah

Merdekakan pemikiran anggap produk batik kelas rendah. [Newspaper] (2026)



Abstract

KUALA LUMPUR: Bagi sesetengah individu, batik mungkin sekadar sehelai kain yang ‘murah’, namun, bagi seorang wanita yang mengabdikan diri dalam dunia batik hampir empat dekad lamanya, ia merupakan seni warisan yang tidak ditelan dek zaman.

Bermula sejak 1986, Nor Fouziah Yahaya tidak pernah jemu menghasilkan pelbagai produk berasaskan batik, malah sehingga kini hampir 500 jenis hasil kar­yanya telah dihasilkan. Tujuan utama, memastikan warisan seni batik Malaysia terus hidup dan dekat dengan generasi masa kini.

Menariknya, hasil tangannya bukan hanya terhad kepada kain atau pakaian batik seperti yang lazim dilihat, sebaliknya kreativiti wanita itu diterjemahkan dalam pelbagai bentuk yang dekat dengan kehidupan seharian.

Item Type: Newspaper
Keywords: Nor Fouziah Yahaya, Warisan seni, Batik Malaysia
Taxonomy: By Niche > Batik > Technique
By Niche > Batik > Themes, Motives
Collections: Niche > Batik
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 04 Oct 2026 07:43
Last Modified: 04 Oct 2026 07:43
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item