Peniaga kecil harap ada bantuan daripada kerajaan

Peniaga kecil harap ada bantuan daripada kerajaan. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: "Sebagai penjaja kecil, kami bersyukur diberi peluang berniaga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini, namun pelanggan yang ada tak ramai seperti biasa," kata peniaga makanan, Zairi Hasan, 47. Zairi berkata, dia hanya mengikut arahan kerajaan dan cuba berniaga hari ini. "Kalau PKP sebelum ini peniaga kecil tidak dibenarkan berniaga, tetapi ada bantuan moratorium jadi kita tak terlalu risau untuk membayar komitmen bulanan. "PKP sekarang ini dibenarkan berniaga tetapi pelanggan kurang dan mahu tak mahu kami perlu terus membuka gerai sebab hutang kereta dan rumah perlu dijelaskan. "Kami sangat berharap agar kerajaan memberi perhatian kepada golongan peniaga kecil ini dan memberi bantuan," katanya kepada Harian Metro. Dia antara penjaja yang beroperasi di sekitar Jalan Tuanku Abdul dan Masjid Jamek selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu bermula hari ini sehingga 26 Januari 2021. Tinjauan Harian Metro di lokasi sekitar pusat ekonomi ibu kota itu hari ini mendapati hanya beberapa peniaga kecil yang berniaga seawal 7 pagi. Walaupun sekitar kawasan terbabit lengang namun peniaga yang dibenarkan operasi terus membuka gerai perniagaan mereka seperti biasa. Bagi peniaga air, Linda Abdul Rahman, 47, berkata untuk permulaan PKP ini dia mengurangkan kuantiti jualannya kerana khuatir sekiranya tiada pelanggan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Penjaja kecil, Modal, Pelanggan
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 11 Feb 2021 02:48
Last Modified: 11 Feb 2021 02:48
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item