Kepesatan Pembangunan Ekonomi dan Dasar Tenaga Kerja di Sabah, 1960-an – 1980-an

Kepesatan Pembangunan Ekonomi dan Dasar Tenaga Kerja di Sabah, 1960-an – 1980-an. MANU: 25. pp. 49-74. ISSN 1511-1989 (2017)



Abstract

Pembangunan ekonomi negeri yang pesat menyebabkan sektor ekonomi negeri Sabah bergantung kepada tenaga kerja asing dari negara Indonesia dan Filipina yang majoritinya bekerja secara tidak sah. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan dan Negeri sejak awal lagi telah berusaha untuk mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing tanpa izin dengan mengambil beberapa inisiatif awal mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di negeri ini. Makalah ini melihat kepesatan pembangunan ekonomi negeri Sabah serta usaha-usaha yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta pihak swasta di negeri ini untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja pada awal kemerdekaan sehinggalah tahun 1980-an. Dua inisiatif utama dibincangkan, iaitu penubuhan Lembaga Kumpulan Wang Perpindahan tahun 1960-an dan penubuhan Sabah Immigrant Manpower Center 1980-an. Kedua- dua inisiatif menangani kekurangan tenaga kerja ini gagal mencapai matlamat. Keadaan ini menyebabkan cara terbaik menangani masalah kekurangan tenaga kerja dengan mendapatkan pekerja asing dari negara jiran terutamanya Indonesia dan Filipina yang majoritinya bekerja di negeri ini secara tidak sah. Trend kebergantungan kepada pekerja asing tanpa izin akhirnya menjadi elemen utama pembangunan ekonomi negeri Sabah pada hari ini.

Item Type: Article
Keywords: Sabah Policy
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 01 Aug 2021 13:08
Last Modified: 01 Aug 2021 13:08
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item