Cipta formula untuk aplikasi

Cipta formula untuk aplikasi. [Newspaper] (2015)



Abstract

Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, teknik pengajaran mengikut arus kemodenan semasa perlu diadakan. Oleh kerana boleh dikatakan semua orang mempunyai telefon pintar, sistem pengajaran menggunakan kaedah ini mampu menarik perhatian golongan itu kerana ia dekat di hati mereka.
Bersama Long Haffiz, Farrah mula mencipta teknik dan formula bagi projek berasaskan pendidikan yang boleh diperoleh menerusi aplikasi telefon pintar, tablet dan komputer yang diberi nama Program Bijak Math atau Pro Math. Tambahnya, idea ini diperoleh ketika berkunjung ke Singapura baru-baru ini apabila pelajar mereka di sana menggunakan telefon untuk belajar.
Telefon tidak lagi digunakan untuk berhubung semata-mata sebaliknya menjadi medium penting dan pemudah cara dalam pelajaran. Pembelajaran boleh berlaku di mana-mana, tidak terhad dalam kelas saja. Pelajar hanya perlu memuat naik bab atau bahagian yang ingin dipelajari dan ia boleh dibuka walau di mana mereka berada, pada bila-bila masa.

Item Type: Newspaper
Keywords: Decision Making, Mathematics, Optimization Basic, Information Technology
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Mathematics
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Noor Sapiza Tajuddin
Date Deposited: 27 Apr 2021 07:08
Last Modified: 27 Apr 2021 07:08
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item