Dasar Keselamatan Makanan Di Sabah, Malaysia: Kajian Kes Jelapang Padi Di Daerah Kota Belud

Dasar Keselamatan Makanan Di Sabah, Malaysia: Kajian Kes Jelapang Padi Di Daerah Kota Belud. Jurnal Kinabalu, 26 (1). pp. 23-39. ISSN 2600-867X (2020)



Abstract

Krisis bekalan makanan yang berlaku pada tahun 2008 telah memberi impak yang sangat besar kepada isu keselamatan makanan. Krisis bekalan makanan yang melanda kebanyakan negara Asia telah merungkai permasalahan akibat kebergantungan yang tinggi terhadap beras import sebagai makanan ruji penduduk. Kenaikan harga dan kekurangan beras dalam perdagangan antarabangsa telah menjadi tumpuan kerajaan untuk memastikan jaminan terhadap bekalan makanan. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah memfokuskan dasar kerajaan dalam membangunkan industri padi dan beras khususnya kawasan jelapang padi di daerah Kota Belud. Ekoran kenaikan harga beras dalam perdagangan antarabangsa, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah mengkategorikan sawah padi kepada tiga kategori iaitu K1, K2, dan K3 untuk mencari jalan penyelesaian dalam mengurangkan kebergantungan terhadap beras import. Berdasarkan matlamat dan peruntukan bagi pembangunan per tanian padi di daerah Kota Belud, hasil pengeluaran padi bagi kawasan jelapang padi dapat ditingkatkan bermula tahun 2008 hingga 2018. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa peranan kerajaan amat penting dalam menjamin keselamatan makanan sekali gus mengatasi kebergantungan import beras negara.

Item Type: Article
Keywords: Sabah Policy, Government Policy, Food Security
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 01 Aug 2021 13:09
Last Modified: 01 Aug 2021 13:09
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item