Pencitraan keris sebagai kiasan keindahan budaya Melayu dalam filem Rahim Razali

Pencitraan keris sebagai kiasan keindahan budaya Melayu dalam filem Rahim Razali. Idealogy Journal, 5 (1). pp. 165-178. ISSN 2550-214X (2020)



Abstract

Kajian ini membicarakan mengenai pencitraan keris sebagai kiasan keindahan budaya Melayu dalam dua filem Rahim Razali iaitu Puteri (1987) dan Anak Sarawak (1989). Dalam pengaruh kebudayaan masyarakat Melayu, keris bukan sahaja merujuk kepada alatan senjata malah merupakan sebuah manifestasi seni yang memiliki nilai estetika yang tinggi serta cerminan nilai pemikiran, falsafah dan kebudayaan bagi masyarakat Melayu. Maka objektif kajian ini adalah untuk menganalisis pencitraan budaya Melayu melalui pemaparan keris dalam kedua-dua filem tersebut yang sarat dengan falsafah dan kepercayaan masyarakat Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan sosiologi sastera. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa unsur warna tempatan yang ditunjukkan melalui pencitraan keris dalam filem ini telah mengangkat aspek kepercayaan, mitos dan ritual yang menjadi asas kepada adat dan budaya Melayu. Selain itu, kedua-dua filem ini juga telah mendokumentasikan protes sosial masyarakat terutamanya mengenai pertentangan kelas antara pihak atasan dengan pihak bawahan dengan menggunakan keris sebagai wahana perjuangan.

Item Type: Article
Keywords: Keris, Budaya melayu, Kepercayaan Melayu, Filem Rahim Razali, Filem Puteri, Filem Anak Sarawak
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Digital Image Manipulation
By Subject > Art & Design > Photographic
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Nur Aqilah Russli
Date Deposited: 31 May 2021 23:41
Last Modified: 01 Jun 2021 16:50
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item