Penilaian Pretasi Pelajar Mdab Yang Mengikuti Program Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat, Uitm Pahang: Satu Kajian Kes

Penilaian Pretasi Pelajar Mdab Yang Mengikuti Program Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat, Uitm Pahang: Satu Kajian Kes. GADING (Online) Journal for Social Sciences, 22. (2018)



Abstract

Kajian ini melihat kepada perkembangan prestasi pelajar-pelajar MDAB atau yang
mengikuti program Pra Perdagangan di UiTM sebelum mengikuti program Diploma
Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Seramai 106 orang pelajar tahun akhir sesi Mac – Julai
2018 telah dijadikan responden kepada kajian kes ini. Seramai 74 orang dari bilangan
tersebut adalah pelajar MDAB dan hanya 32 orang adalah pelajar yang memasuki UiTM
dengan keputusan lepasan SPM. Perbandingan dibuat di antara kedua kumpulan ini dan hasil
kajian mendapati bahawa bilangan pelajar yang tamat di dalam tempoh adalah 67.2% bagi
pelajar MDAB dan 100% dari kumpulan lepasan SPM. Manakala bilangan yang
menyambung pengajian adalah 32.8% bagi pelajar MDAB. Kursus yang paling mencabar
bagi kedua-dua kumpulan ini ialah kursus ACC106 bagi pelajar lepasan SPM (49%) dan
OBM345 bagi pelajar MDAB (33%). Terdapat 17.9% pelajar MDAB yang berjaya
menamatkan pengajian dengan sijil dekan sementara pelajar lepasan SPM yang tamat dengan
sijil dekan ialah seramai 31.25%. Bagi pelajar ANC pula, terdapat tiga (3) orang pelajar di
dalam kalangan pelajar lepasan SPM yang mendapat ANC manakala hanya seorang sahaja
dari kalangan pelajar MDAB yang berjaya memperolehi anugerah tersebut. Namum begitu
pelajar MDAB yang tamat dengan HPNG 3.00 ke atas adalah seramai 53.8% dan 87.5% bagi
pelajar lepasan SPM. Kesimpulannya, peluang yang diberikan oleh UiTM kepada pelajar pra
atau MDAB perlu digunakan sebaik mungkin kerana peluang untuk berjaya mendapatkan
diploma dan memperbaiki diri sendiri dan keluarga boleh direalisasikan dengan berkat
kesungguhan dan usaha dari semua pihak sama ada pelajar, pensyarah mahupun institusi itu
sendiri.

Item Type: Article
Keywords: Diploma in Office Management and Technology, Graduate student SPM, MDAB, GOT, HPNG
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Human Resource
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Mohd Fadhli Samsudin
Date Deposited: 01 Aug 2021 14:47
Last Modified: 01 Aug 2021 14:47
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item