Jenayah murtad di Malaysia: permasalahan dari perspektif undang-undang syariah

Jenayah murtad di Malaysia: permasalahan dari perspektif undang-undang syariah. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat (JUUM), 19. pp. 9-16. ISSN 1394-7729 (2015)



Abstract

Sejarah telah membuktikan Malaysia, yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu, adalah merupakan sebagai sebuah negara Islam sejak kurun ke-12 lagi. Malah kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan turut dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara. Namun kedudukan ini terjejas berikutan isu murtad yang menjadi semakin serius dan berleluasa di negara ini. Senario individu yang beragama Islam membuat permohonan untuk murtad seringkali dikaitkan dengan hak kebebasan beragama. Permasalahan-permasalahan seperti ketidakjelasan serta ketidakseragaman peruntukan undang-undang berkaitan murtad turut merumitkan keadaan. Justeru, penulisan ini secara ringkas menganalisis isu murtad di Malaysia. Ianya turut mengemukakan cadangan mekanisme ke arah penambah baikan serta penyeragaman undang-undang murtad di Malaysia.

Item Type: Article
Keywords: Murtad, Kebebasan beragama, Perlembagaan Persekutuan, Ketidakjelasan peruntukan undang-undang, Ketidakseragaman peruntukan undang-undang, Penambahbaikan undang-undang, Penyeragaman undang-undang
Taxonomy: By Subject > Law > Malaysian Islamic Legal System
Local Content Hub: Subjects > Law
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 20 May 2021 17:44
Last Modified: 20 May 2021 17:44
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item