Agrobank buka peluang asnaf berniaga

Agrobank buka peluang asnaf berniaga. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Agrobank dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Ekza Food Resources melancarkan Program Keusahawan Asnaf - Jom Sate bagi membuka peluang baharu kepada bakal usahawan daripada golongan asnaf. Program kerjasama itu diwujudkan bagi menggalakkan semangat dan membina kemahiran keusahawan dalam kalangan komuniti asnaf di Wilayah Persekutuan. Ia juga akan membantu meningkatkan taraf sosial ekonomi golongan itu, khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi berikutan penularan COVID-19. Pengerusi Agrobank, Datuk Mustapha Buang, berkata proses membina perniagaan sate bagi lapan bakal usahawan terpilih yang mengikuti program itu dipermudahkan, apabila mereka menerima bantuan dan sokongan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Program Keusahawan Asnaf, Keusahawanan, Entrepreneurship, Insentif, Public Relations
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Marketing
By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 08 Jul 2021 19:51
Last Modified: 08 Jul 2021 19:51
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item