10 sukan tradisional sudah pupus

10 sukan tradisional sudah pupus. [Newspaper] (2019)



Abstract

LEBIH separuh abad lalu, permainan klasik seperti Kaki Hantu, Ketinting, Tuju Getah dan Tuju Tin menjadi sebahagian daripada aktiviti kanak-kanak dan ia begitu menyeronokkan. Namun, zaman semakin berubah dan permainan ‘wajib’ itu menjadi antara 10 sukan tradisional yang sudah ‘pupus’ dek kemajuan teknologi serta penggunaan gajet canggih sebagai ganti. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Kebudayaan (JKKN) Wilayah Persekutuan Mohd Amran Haris berkata, permainan terbabit kini hanya boleh dilihat di festival tertentu atau program khas walaupun mempunyai tempat begitu istimewa di hati kanak-kanak sejak dulu lagi. Katanya, atas kesedaran itu, pihaknya menerusi kerjasama antara agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan Festival Permainan Malaysia (FPM) sebagai usaha menyemarak dan mengangkat kembali keunikan kesenian serta warisan tradisi menerusi permainan tradisional. Menurutnya, bukan saja bersukan, ia juga menjadi platform membina perpaduan, setiakawan, keharmonian, sikap bertolak-ansur dan rasa hormat antara satu dengan yang lain walaupun berbilang kaum.

Item Type: Newspaper
Keywords: sukan tradisional, sukan melayu, pengurusan sukan
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Outdoor Recreation
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Tourism
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 07 Sep 2021 08:32
Last Modified: 07 Sep 2021 08:32
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item