OLIMPIK: UPSI tawar biasiswa, jawatan pensyarah kepada Azizulhasni

OLIMPIK: UPSI tawar biasiswa, jawatan pensyarah kepada Azizulhasni. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan biasiswa dan jawatan pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan kepada atlet basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang memenangi pingat perak di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo hari ini. Tawaran itu bagi membolehkan beliau melanjutkan pengajian secara 'Accreditation of Prior Experiental Experiental Learning (APEL)' iaitu laluan pengalaman secara berterusan yang membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan formal tertinggi, sekali gus memberi peluang lebih cerah dalam perkembangan kerjaya individu. Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Md Amin Md Taff dalam satu kenyataan ketika mengumumkan perkembangan itu berkata, kecemerlangan adalah suatu yang dinamik dan unik serta harus diukur secara holistik. Sehubungan itu, katanya, pencapaian Azizulhasni yang konsisten dalam Sukan Olimpik, semangat juang serta prinsip "Demi Malaysia" Azizulhasni adalah terlalu bermutu dan harus diraikan dalam semangat kecemerlangan pendidikan yang berteraskan realiti keinsanan. "Oleh sebab itulah, Azizulhasni perlu diangkat menjadi 'role model' dalam melahirkan lebih ramai atlet dan rakyat Malaysia yang sentiasa bersemangat positif sepertinya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pengajian sains sukan, Berbasikal, UPSI
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Sep 2021 04:49
Last Modified: 06 Sep 2021 04:49
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item